Salam ramadhan......
Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita sering dibelengu dengan masalah sosial yang amat membimbangkan dan ini rasanya mampu merenapkan institusi kekeluargaan yang sering kita pertahankan. Banyak pandangan dan pendapat bagaimana untuk mengatasi masalah ini sering kita dengar namun seolah-olah ianya hanyalah sekadar pandangan sahaja. Antara pandangan yang paling " popolar " ialah peningkatan akhlak melalui didikan agama. Idea ini pada asasnya memang mampu untuk menangani masalah sosial ini daripada berlarutan, namun didikan agama yang dimaksudkan itu melalui apa? Secara umumnya Sekolah Ugama Islam ( SUI ) adalah satu cara atau kaedah yang amat baik untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan generasi muda masa kini. Namun mampukah SUI berbuat demikian? Apakah keupayaan SUI? Perlu kita lihat terlebih kedaifan yang dialami oleh SUI seluruh negeri yang rasanya tidak memungkinan agenda ini....
01. Bilangan tenaga pengajar.
- Rata-rata SUI tidak mempunyai bilangan tenaga pengajar yang mencukupi. Sesetengah SUI hanya mempunyai dua orang tenaga pengajar pada satu-satu masa. Apabila ini terjadi amat sukar untuk merealisasikan agenda ini.
02. Keadaan persekitaran
- Ini adalah antara isu yang amat menyedihkan seluruh warga SUI di pelusuk negeri sabah ini. Keadaan sekolah yang amat daif terutama SUI yang terletak dikawasan Luar Bandar. Kelengkapan pembelajaran yang amat terhad sering menganggu proses pembelajaran harian mereka.
03. Khabarnya juga gai para tenaga pengajar dibayar pada kadar yang amat murah berbanding dengan tenaga pengajar Sekolah Rendah atau Menengah.
Apabila melihat kepada masalah-masalah ini, harus ada satu tindakan yang drastik perlu ambil demi memungkinkan SUI sebagai satu "channel" untuk menangani gejala sosial masa kini.
Antara tindakan awal yang perlu diambil oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:-
01. Penambahan tenaga pengajar
02. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang boleh merangsang minda dan menjana pembentukan akhlak setiap pelajar. Dalam ertikata lain, kerajaan hendaklah menambah dana pengurusan dan pembangunan bagi semua SUI diseluruh negeri seiring dengan proses memperkasakan sistem pembelajaran negara.
03. Membuang tanggapan bahawa Pembelajaran Agama sebagai 2nd class educational.
Sekiranya kesemua eleman asas ini mampu diperbaiki saya percaya bahawa SUI merupakan satu "channel" yang amat sesuai didalam pengukuhan akhlak genarasi masa kini lantas mampu mendepani masalah sosial yang sering menghimpit kehidupan masyarakat masa kini....
Oleh: Mohd Kassim Ali Yusof
Kambing untuk Aqiqah di Cimahi
5 years ago
No comments:
Post a Comment