Friday, September 25, 2009

Kenangan Lebaran 2009


Salam lebaran buat semua muslimin dan muslimat....
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin jua kita dapat menikmati suasana lebaran tahun ini.
Sempena lebaran ini saya dan keluarga tidak ketinggalan merasakan keseronokannya dan saya sempat mencatatkan perjalanan kami sekeluarga.
HARI RAYA PERTAMA : Saya sekeluarga awal-awal pagi lagi pergi berjemaah menunaikan solat sunat aidilfitri di Surau Kg. Pasir Putih, Ulu Sipitang. Selepas menunaikan solat kami menzairahi Tanah Perkuburan Islam kampung saya dan suasana ketika amat mengambit perasaan dengan bertemu teman-teman dan rakan-rakan semasa sekolah dahulu. Sempat juga mengusik rakan-rakan yang belum mendirikan rumahtangga..... sebaik saja selesai menzairahi Tanah Perkuburan saya sekeluarga pergi pula menzairahi rumah bapa dan ibu serta saudara mara terdekat. Riuh rendah suasana ketika itu. Tepat jam 1.00 petang saya sekeluarga balik kerumah dan membuat sedikit persediaan untuk menyambut rakan taulan yang datang. Petang hari raya pertama memang sudah saya rancang untuk menjemput rakan-rakan sehinggalah jam 11.00 malam. Memang ketika itu boleh dikatakan kita tak menang tangan untuk melayani rakan yang datang baik dari kawasan berdekatan sehinggalah rakan-rakan yang datang dari Kota Kinabalu. Malam tu juga Mantan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Dr Hj. Yusof Yacob datang dengan keluarga beliau dan sempatlah juga bersembang dengan beliau tentang bermacam-macam isu terkini. Sambil tu sempat juga main bungai api......hebat sungguh malam tu.
HARI RAYA KEDUA: Pada sebelah pagi pergi menghadiri Rumah Terbuka UMNO Sipitang. Selepas tu pergi pula ke Bongawan Papar untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pengarah Jabatan Haiwan Sabah. Terlanjur berada di papar terus saja kami sekeluarga menzairahi rumah saudara mara yang berada di Papar. Balik sekitar jam 10.00 malam
HARI RAYA KETIGA: Sehari suntuk mengunjungi rumah rakan-rakan di Sipitang termasuklah rumah Pakcik di Kg. Pantai Sipitang....hidangan durian dan buah langsat.....
HARIRAYA KEEMPAT: Berkemas di rumah seharin suntuk...
HARI RAYA KELIMA : Berangkat pulang ke Kota Kinabalu...

Sunday, September 13, 2009

Perancangan sambut Hari Raya.....

Salam ramadhan dan salam sejahtera.....

Sempena menjelangnya bulan Syawal tahun ini, bermakna kita telah bergerak seiring dengan penuaan bumi tercinta ini. Bila saja bicara tentang Syawal atau lebih mudahnya Hari Raya Aidilfitri ( HRA ) bermacam-macam cerita yang boleh kita kongsi bersama.

Setiap umat islam dimuka bumi ini tentunya mempunyai persepsi yang berlainan tentang bagaimana HRA itu diraikan.....namun apa yang pasti ianya tetap sama dikalangan umat islam ialah semua kita mensyukuri rahmat Allah S.W.T ini.

Bila bicara tentang HRA, mahu tidak mahu kita lebih-lebih lagi yang telah berkeluarga hendaklah ada perancangan yang tersendiri didalam menyambut dan meraikan bulan syawal ini. Saya dan keluarga adalah secebis umat islam dimuka bumi ini yang tentunya mempunyai perancangan yang tak sehebat mana.

  1. Seminggu lebih awal kami sekeluarga telah memanggil pakcik Bakar dan keluarganya untuk membersihkan rumah di kampung yang telah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, semuanya beres....
  2. " Orang Rumah " awal-awal lagi dah buat kuih biskut
  3. Hari Selasa ini iaitu pada 15.09.2009 orang rumah dan anak-anak akan balik kampung buat apa-apa yang perlu ......
  4. Tahun ini syukur tak perlu beli benda-benda yang dianggap membazir.....tahniah isteriku...
  5. Budget untuk anak-anak dan isteri dah awal-awal disediakan.....supaya tak kelam kabut
  6. Hari Jumaat adalah hari untuk mengumpul semua keperluan hidangan HRA termasuk daging payau untuk buat satay.....
  7. Hari Sabtu adalah "Finishing Day" bagi segala hal.....harap tak banyak benda yang tercicir..

Selepas ni baru nak rancang nak menziarah siapa pulak????

Wassalam

Mohd Kassim Ali Yusof - 14 Sept 2009

Monday, September 7, 2009

Berbuka Puasa


Salam Sejahtera....
Sedar tak sedar rupanya kita sudah menjalani ibadah puasa yang Ke-18 dan tak lama lagi hari raya akan menyusul tiba.
Namun sempena ramadhan ini, hati dan perasaan saya amat tersentuh dan seronok apabila melihat telatah anak-anak semasa berbuka puasa.....rasanya ini adalah sebahagian daripada nikmat didalam menjalani ibadah puasa bagi insan yang telah berkeluarga.
Berbuka puasa dalam kontek keluarga memang menyeronokan. Apabila masa nak berbuka dah dekat, pasti ada panggilan telepon daripada anak-anak khususnya mengingatkan kita untuk berbuka bersama mereka dirumah. Tak kurang juga anak-anak sering mengajak kita mengunjungi mana-mana bazaar ramadhan dan ini sudah menjadi satu kemestian sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mungkin kita merasakan ini sesuatu yang membazir, namun apabila dihayati dan diamati secara total, aktiviti ini rupanya mampu meningkatkan kasih sayang kita dengan anak-anak disamping ianya dapat memberikan dorongan dan motivasi untuk anak-anak didalam menjalani ibadah puasa.
Dalam bulan ramadhan tahun ini saya sempat juga menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dengan masyarakat kampung dibeberapa tempat khususnya di Sipitang dan Daerah Beaufort. Suasana berbuka bersama masyarakat kampung ini sememangnya perlu diteruskan dan semangat didalam mewujudkan kesepakatan dikalangan mereka ini harus diterapkan kedalam mana-mana institusi sosial. Kesepakatan mereka jelas mampu membawa kepada satu jalinan kemesraan yang pada dasarnya mampu membawa kita kepada satu keharmonian yang berterusan.
Namun baru-baru hati saya amat tersentuh apabila menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak yatim yang dianjurkan oleh JHEAINS. Jelas anak-anak ini menjalani sahur dan berbuka tanpa orang tua tersayang disisi mereka, namun anak-anak ini tetap mempunyai jiwa yang kuat untuk mengharungi ramadhan ini. Rasanya amat wajar bagi mana-mana insan yang berkemampuan dapat membantu meringankan beban hidup anak-anak ini agar mereka juga dapat menikmati nikmat kehidupan di dunia ini. Doa saya buat anak-anak ini " mudah-mudahan mereka akan sentiasa beroleh kejayaan .....amin "
Sekian, Wassalam & Terimakasih.
Mohd Kassim B. Ali Yusof

SUI sebagai satu "Channel" dalam menangani gejala sosial

Salam ramadhan......

Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita sering dibelengu dengan masalah sosial yang amat membimbangkan dan ini rasanya mampu merenapkan institusi kekeluargaan yang sering kita pertahankan. Banyak pandangan dan pendapat bagaimana untuk mengatasi masalah ini sering kita dengar namun seolah-olah ianya hanyalah sekadar pandangan sahaja. Antara pandangan yang paling " popolar " ialah peningkatan akhlak melalui didikan agama. Idea ini pada asasnya memang mampu untuk menangani masalah sosial ini daripada berlarutan, namun didikan agama yang dimaksudkan itu melalui apa? Secara umumnya Sekolah Ugama Islam ( SUI ) adalah satu cara atau kaedah yang amat baik untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan generasi muda masa kini. Namun mampukah SUI berbuat demikian? Apakah keupayaan SUI? Perlu kita lihat terlebih kedaifan yang dialami oleh SUI seluruh negeri yang rasanya tidak memungkinan agenda ini....

01. Bilangan tenaga pengajar.

- Rata-rata SUI tidak mempunyai bilangan tenaga pengajar yang mencukupi. Sesetengah SUI hanya mempunyai dua orang tenaga pengajar pada satu-satu masa. Apabila ini terjadi amat sukar untuk merealisasikan agenda ini.

02. Keadaan persekitaran

- Ini adalah antara isu yang amat menyedihkan seluruh warga SUI di pelusuk negeri sabah ini. Keadaan sekolah yang amat daif terutama SUI yang terletak dikawasan Luar Bandar. Kelengkapan pembelajaran yang amat terhad sering menganggu proses pembelajaran harian mereka.

03. Khabarnya juga gai para tenaga pengajar dibayar pada kadar yang amat murah berbanding dengan tenaga pengajar Sekolah Rendah atau Menengah.

Apabila melihat kepada masalah-masalah ini, harus ada satu tindakan yang drastik perlu ambil demi memungkinkan SUI sebagai satu "channel" untuk menangani gejala sosial masa kini.

Antara tindakan awal yang perlu diambil oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:-

01. Penambahan tenaga pengajar

02. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang boleh merangsang minda dan menjana pembentukan akhlak setiap pelajar. Dalam ertikata lain, kerajaan hendaklah menambah dana pengurusan dan pembangunan bagi semua SUI diseluruh negeri seiring dengan proses memperkasakan sistem pembelajaran negara.

03. Membuang tanggapan bahawa Pembelajaran Agama sebagai 2nd class educational.

Sekiranya kesemua eleman asas ini mampu diperbaiki saya percaya bahawa SUI merupakan satu "channel" yang amat sesuai didalam pengukuhan akhlak genarasi masa kini lantas mampu mendepani masalah sosial yang sering menghimpit kehidupan masyarakat masa kini....


Oleh: Mohd Kassim Ali Yusof