Sempena menjelangnya bulan Syawal tahun ini, bermakna kita telah bergerak seiring dengan penuaan bumi tercinta ini. Bila saja bicara tentang Syawal atau lebih mudahnya Hari Raya Aidilfitri ( HRA ) bermacam-macam cerita yang boleh kita kongsi bersama.
Setiap umat islam dimuka bumi ini tentunya mempunyai persepsi yang berlainan tentang bagaimana HRA itu diraikan.....namun apa yang pasti ianya tetap sama dikalangan umat islam ialah semua kita mensyukuri rahmat Allah S.W.T ini.
Bila bicara tentang HRA, mahu tidak mahu kita lebih-lebih lagi yang telah berkeluarga hendaklah ada perancangan yang tersendiri didalam menyambut dan meraikan bulan syawal ini. Saya dan keluarga adalah secebis umat islam dimuka bumi ini yang tentunya mempunyai perancangan yang tak sehebat mana.
- Seminggu lebih awal kami sekeluarga telah memanggil pakcik Bakar dan keluarganya untuk membersihkan rumah di kampung yang telah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, semuanya beres....
- " Orang Rumah " awal-awal lagi dah buat kuih biskut
- Hari Selasa ini iaitu pada 15.09.2009 orang rumah dan anak-anak akan balik kampung buat apa-apa yang perlu ......
- Tahun ini syukur tak perlu beli benda-benda yang dianggap membazir.....tahniah isteriku...
- Budget untuk anak-anak dan isteri dah awal-awal disediakan.....supaya tak kelam kabut
- Hari Jumaat adalah hari untuk mengumpul semua keperluan hidangan HRA termasuk daging payau untuk buat satay.....
- Hari Sabtu adalah "Finishing Day" bagi segala hal.....harap tak banyak benda yang tercicir..
Selepas ni baru nak rancang nak menziarah siapa pulak????
Wassalam
Mohd Kassim Ali Yusof - 14 Sept 2009
No comments:
Post a Comment